sumber : http://racine.uwex.edu/files/2012/12/baby_goats_jan_2007_crop.jpg
Assalamualaikum…
Hanya berkongsi…Dulu saya takla ambil berat sangat
pasal susu ni. Yang saya tau asalah minum susu lembu. Dah banyak tahun dah.
Bile umur dah meningkat ni baru tau ari ni yang susu kambing ni lebih bagus
dari susu lembu. Sebelum ni mmg tau susu kambing banyak khasiat berbanding susu
lembu tapi saya tak ambil peduli sangat pasal susu kambing. Yang saya tau saya
saya minum susu lembu sebab protein tinggi. Jadi saya consumelaa susu lembu.
Tapi hakikatnya susu kambing adalah yang terbaik…dan bermula HARI INI
22/FEB/2013 saya nak consume susu kambing.
Minum Susu
Kambing ADALAH SUNNAH NABI, Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW
ialah susu kambing, Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan.
Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, seperti susu lembu.
YANG NI PULAK SAYA CARI SUMBER KAT WIKIPEDIA
Susu kambing adalah susu yang dihasilkan oleh kambing betina
setelah melahirkan, dalam jangka waktu 0-3 hari dihasilkan susu kolostrum yang
mengandung sangat banyak zat gizi jika dibandingkan dengan susu lembu, susu
kambing pun biasanya dikonsumsi sekadarnya saja, atau lebih karena susu ini
dianggap mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Susu kambing rata-rata
banyak dikonsumsi di Timur Tengah sejak 7000 SM. Padahal, susu
kambing memiliki protein terbaik setelah telur dan hampir setara
dengan ASI. Susu kambing terbaik adalah susu yang segar (raw goat milk).
KHASIAT SUSU KAMBING
- Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.
- Susu kambing hanya memerlukan 20minit untuk dihadamkan kerana molekul lemak pada susu kambing 1/5 lebih kecil berbanding Molekul lemak dalam susu lembu yang mengambil masa 2jam untuk dihadamkan.
- Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pesakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
- Mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
- Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
- Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
- Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
- Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
- Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
- Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
- Susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
- Memulih tenaga batin dan awet muda
PERKARA
YANG PERLU ANDA TAHU PASAL KAMBING...!!!...TU PON KALAU KORANG NAK TAU...
- Tegas.
- Berpendirian.
- Matang.
- Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
- Memahami arahan.
- Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
- Tinggi EQ (emotional quotient).
- Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
- Tersenyum.
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun