25 August 2014

CARA SOLAT JENAZAH

Secara ringkas solat jenazah hanya berdiri dengan 4 takbir tanpa rukuk dan sujud.

Kedudukan jenazah dan imam seperti berikut :



1. Takbir pertama : Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati. Niatnya adalah :


Diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

2. Takbir kedua : Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut :


3. Takbir ketiga : Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut :


4. Takbir keempat : Mengangkat takbir keempat dan memberi salam ke kanan.

Selesai beri salam, baca surah : 
: Surah Al-Fatihah (1 kali)
: Surah Al-Ikhlas (3 kali)
: Surah Al-Falaq (1 kali)
: Surah An-Nas (1 kali)
: Surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali)
: Ayat Qursi (1 kali)
: Baca doa yang sesuai.

solat Jenazah secara ringkas :
1.Takbir pertama :  Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
(Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala)
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Takbir kedua : Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
(Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad)

3. Takbir ketiga : Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Takbir keempat : Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.