12 August 2015

DRUMMERS KITCHEN - PERMULAAN PERJALANANKU

assalamualaikum semua...aku tak tau nak tulis ape...hehehehe...lepas aku fedup ngn muzik, aku teruskan kehidupan aku dengan FNB...atas dorongan famili aku...aku niaga kecil kecilan...aku opentable dekat TBS.

Hari Pertama
Nak dekat akhir tahun 2012 dalam bulan Ogos. Hari pertama aku berniaga. Aku jual pasta. Gile hape jual pasta pepagi buta!!??...konon nak buat lain dari yang lain. Permulaannya aku try masak sebungkus pasta...Hari pertama start 6.30pagi aku duduk sampai jam 10.30pagi. Tak terjual lansung...!!!. Itulah permulaan hari yang agak kecewa bagi aku. Aku tak putus asa.

Hari ke-2
Aku berniaga lagi. Buat pasta lagi. pukul 6.30pagi dah terpacak kat TBS. Aku opentable dan start niaga. kebanyakan yang lalu gerai aku semuanya jeling tengok ape yang aku jual. Mungkin diorang pelik, ape budak ni jual pasta pepagi buta...??...Last last aku pikir daripada tak terjual lansung dan buang mcmtu saje, baiklaa aku sedekah kat orang yang lalu gerai aku...setiap orang yang lalu gerai, aku bagi sebungkus pasta kat diorang. Seminggu aku buat camtu dan seminggu lah aku rugi.

Allah Maha Kuasa
Seminggu aku bagi kat orang yang lalu gerai aku...Masuk Minggu ke-2. Aku dh start putus asa dah nak niaga. tpi disebabkan support dan doa dari famili. aku berniaga lagi. Jam 6.30pagi aku bukak table. Tiba tiba datang seorang customer nak beli pasta aku. aku pon bagi kat customer tu...lepastu datang lagi customer n datang lagi n datang lagi...hehehehe sekejap je jam7.30 pagi dah habis...yelaa kan sebungkus pasta kot...hehehehe...aku balik rumah ngan muka happy walaupun sebungkus pasta.

Permulaan Kehidupan
Dari satu bungkus pasta aku berniaga pagi dan sekarang 10 bungkus pasta berlainan jenis, nasi goreng, bihun goreng, karipap kecil 2 jenis, karipap besar telur, corndog 2 jenis dan  kuih muih, Allah Maha Kuasa.

DAREDEVIL


TRANSFORMERS


AVENGERS


GUARDIANS OF THE GALAXY


ANT MAN


25 August 2014

CARA SOLAT JENAZAH

Secara ringkas solat jenazah hanya berdiri dengan 4 takbir tanpa rukuk dan sujud.

Kedudukan jenazah dan imam seperti berikut :



1. Takbir pertama : Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati. Niatnya adalah :


Diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

2. Takbir kedua : Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut :


3. Takbir ketiga : Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut :


4. Takbir keempat : Mengangkat takbir keempat dan memberi salam ke kanan.

Selesai beri salam, baca surah : 
: Surah Al-Fatihah (1 kali)
: Surah Al-Ikhlas (3 kali)
: Surah Al-Falaq (1 kali)
: Surah An-Nas (1 kali)
: Surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali)
: Ayat Qursi (1 kali)
: Baca doa yang sesuai.

solat Jenazah secara ringkas :
1.Takbir pertama :  Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
(Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala)
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Takbir kedua : Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
(Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad)

3. Takbir ketiga : Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Takbir keempat : Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.